Ego Eimi dalam Injil Yohanes
Kristologi dan Implikasi
 
Pengenalan Kursus:
 
Banyak cara kita memperkenalkan Yesus kepada orang lain waktu menginjil. Tetapi Yesus ada caranya tersendiri untuk memperkenalkan diri. Injil Yohanes mempunyai suatu kumpulan kata-kata ungkapan “Ego Eimi” yang digunakan oleh Yesus Kristus untuk menggambarkan diri-Nya yang tidak dapat ditemukan dalam Injil Matius, Markus dan Lukas. Setiap ungkapan tersebut adalah sangat penting dan tidak boleh dianggap mudah atau diabaikan, kerana ia menyatakan identiti Kristus.
 
Ps. Martinah akan memberikan makna dan tujuan penggunaan Ego Eimi oleh Yesus, menerangkan kepentingan dan implikasi penggunaan Ego Eimi terhadap iman Kristian.
 
Tajuk Setiap Kuliah
 
1. Pengenalan dan Konteks
2. Penggunaan Ego Eimi
3. Makna dan Tujuan Ego Eimi
4. Implikasi penggunaan Ego Eimi
 
Pengenalan Pensyarah: Pastor Martinah Usor
 
• Menyahut panggilan melayani Tuhan sepenuh masa di Campus Crusade for Christ dari tahun 1992-2010. Selama di Campus Crusade, pernah melayani dalam pelayanan Sekolah Menengah, Guru-guru Pelatih dan Pelayanan Kampus, serta diberikan kepercayaan sebagai jurulatih di Pusat Latihan Amanat Agung.
• Mendapatkan pendidikan teologi di Seminari Teologi Sabah: Bachelor of Theology (2005), Master of Divinity (2012), dan Master of Theology (2016).
• Mula melayani sebagai pensyarah sepenuh masa dalam bidang Perjanjian Baru dan Kerohanian Kristian di Seminari Teologi Sabah sejak Disember 2016 sehingga kini.
 
Tarikh: April 6, 13, 20, 27 (setiap malam Selasa)
Masa: 8.00-9.30 pm
 
Kaedah Pengajaran: ZOOM
 
Yuran Pendaftaran Individu: RM40 seorang
Yuran Pendaftaran Secara Kumpulan: RM25 seorang (hanya untuk kumpulan 5 orang ke atas dalam satu gereja yang sama)
* Untuk pendaftaran secara berkumpulan, sila memilih seorang wakil dalam kumpulan anda sebagai ketua untuk membantu pendaftaran dan perhubungan.
 
Borang Pendaftaran: https://forms.gle/1Ce7LDEw3dXsE4aVA
 
Tarikh Tutup Pendaftaran: 2hb April 2021 (Jam 12 tengah hari)
 
Kaedah Pembayaran:
 
1. Melalui Akaun Bank
Standard Chartered
BCCM-SABAH THEOLOGICAL SEMINARY ,
A/C NO:390115582469
 
2. Melalui Boost
https://myboost.app.link/4wyw97p6f9
Anda digalakkan menghantar gambar slip transaksi kepada Ps. Joefrerick (+60139619635 melalui WhatsApp)
 
Yang dihubungi: Ps. Joefrerick Ating +60139619635 (melalui WhatsApp sahaja).
Share This