Keistimewaan Program
1. Kurikulum bersifat antara-disiplin yang menggabungkan teologi, kaunseling, psikologi, serta gabungan aplikasi teori dan praktikal.
2. Menekankan praktik kemahiran kaunseling, termasuk kaunseling individu, berkumpulan, keluarga, perkahwinan, dan kaunseling kedukaan dan banyak lagi.
3. Memfokuskan pembentukan kerohanian mapan dan pertumbuhan peribadi, menanamkan karakter hati hamba dan penetapan hubungan sihat sesama.
4. Pembelajaran praktikal, penuntut akan menyelesaikan 120 jam praktikum sesi kaunseling di bawah penyeliaan untuk memastikan tangungjawab dan praktik profesional.
5. Kurikulum yang telah disuaipadankan untuk keperluan gereja dan komuniti bumiputera berbahasa Malaysia, demi memastikan relevansi dalam ladang pelayanan sebenar.
6. Sesuai untuk mereka yang melayani dalam kaunseling di gereja, penjagaan pastoral, penjagaan komuniti, dan organisasi berasaskan pelayanan Kristian.
7. Kaedah pembelajaran fleksibel (sepenuh masa atau separuh masa) yang memberikan peluang kepada pelayan gereja dan jemaah bekerja untuk seimbangkan pelayanan, pekerjaan dan pengajian.

I. Syarat Kemasukan
• Kristian yang telah dibaptis, berumur 19 tahun ke atas ketika memohon, sihat mental, kemampuan belajar dan kemahiran bergaul yang baik, aktif dalam pelayanan gereja.
• Lulus SPM, O Level Gred III dan ke atas. Bermula 2001, lulus 6 subjek termasuk Bahasa Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam sekali peperiksaan.
• Borang permohonan boleh didapatkan dari Pejabat Pendaftar atau muat turun dari laman sesawang STS.
Website: www.stssabah.org

II. Jangka Masa
Program ini boleh diselesaikan dalam 3-5 tahun.
(1) Penyelesaian Pengajian
• Pemohon yang telah menyelesaikan kursus-kursus Alkitab & Teologi di STS atau institusi berdaftar dengan ATESEA boleh memohon pengecualian mengambil semula kursus-kursus berkenaan, pemohon boleh menyelesaikan pengajian dalam masa 3-5 tahun.
• Pemohon yang belum pernah mengambil kursus-kursus Alkitab & Teologi seperti dinyatakan di atas wajib mengambil kursus-kursus tersebut dan dijangka selesai pengajian dalam tempoh 4-5 tahun.
(2) Pindahan Kredit
• Pindahan kredit akan dipertimbangkan berdasarkan kes yang sesuai dengan polisi akademik STS.

III. Kaedah Pembelajaran
• Atas talian melalui Zoom
• Kaedah Hibrid (atas talian dan fizikal)

IV. Bahasa Pengantar
• Bahasa Malaysia

V. Yuran
• Sesuai dengan jadual yuran rasmi STS

VI. Tuntutan Bergraduasi
• Menyelesaikan semua kursus dan mendapatkan 70% gred terkumpul.
• Kelulusan fakulti dalam karakter Kristiani penuntut.

Maklumat Lanjut
Pejabat Pendaftar: +6088 231579, 217523, 217569
Laman Web www.stssabah.org

Share This