Sempena Hari Reformasi, apakah gerakan Reformasi yang telah dimulakan oleh Martin Luther pada Abad Ke-16 masih relevan bagi kita pada zaman ini? Kita hidup dalam satu masyarakat majmuk dalam negara Malaysia di mana kesejahteraan harus dijaga. Ps. Joefrerick akan menghuraikan pandangan Martin Luther mengenai kejiranan serta refleksi dan praktik kejiranan seorang Kristian dalam konteks hari ini.

Pengenalan ceramah:
Kesejahteraan hidup sesebuah masyarakat adalah kerana semangat kejiranan yang dimiliki oleh sesama anggota masyarakatnya. Tulisan-tulisan Martin Luther bukan hanya mengenai keselamatan peribadi sahaja, walaupun gerakan Reformasi itu bermula daripada perjuangan rohani Luther sendiri sebagai seorang Kristian; tetapi dia juga mengajar mengenai kehidupan seorang Kristian yang prihatin terhadap jirannya kerana transformasi karya Kristus yang membenarkan seorang berdosa.

Ceramah ini akan menghuraikan ajaran Martin Luther yang menyentuh aspek kehidupan seorang percaya yang secara aktif menjadi jiran kepada sesamanya.

Borang Pendaftaran: bit.ly/TeologiKejirananMartinLuther

Tarikh: 30, 31 Oktober 2020 (Jumaat dan Sabtu)
Masa: 8.00 – 9.30 malam
Metode ceramah: ZOOM
Yuran: tidak dikenakan
Yang dihubungi: Ps. Joseph Tang +6012-8020133(WhatsApp sahaja)
Tarikh tutup: 26 Oktober

Pengenalan penceramah:
Ps. Joefrerick Ating ialah seorang pensyarah dalam bidang teologi dan juga Koordinator Program bagi Lutheran Study Centre di Seminari Teologi Sabah. Beliau mengajar bagi mata kuliah Teologi Lutheran dan Teologi Sistematik.

——————–

Yuran tidak dikenakan bagi ceramah ini. Jika anda tergerak hati untuk memberi sumbangan kepada STS, anda boleh berbuat demikian melalui akaun bank atau akaun Boost STS:

STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA
Nama Akaun: BCCM-SABAH THEOLOGICAL SEMINARY
No. Akaun: 390 115 582 469

BOOST
https://myboost.app.link/4wyw97p6f9

Anda digalakkan untuk menghantar gambar slip transaksi kepada Ps. Joseph Tang +6012-8020133 melalui WhatsApp.

 

Share This