Gereja terus bergerak dan berkembang merentas pelbagai konteks dan era dalam sepanjang sejarahnya. Gereja terus-menerus bertanya dan belajar serta melakukan refleksi teologi terhadap dirinya dan persekitarannya supaya ia tetap setia kepada identiti dan panggilannya sebagai umat Allah yang hidup dalam konteks yang unik tersebut. Kursus ini akan menghuraikan mengenai identiti gereja dan melakukan refleksi bersama peserta mengenai peluang dan cabaran gereja pada masa kini serta hala tuju gereja yang seterusnya.

Tarikh Tutup Pendaftaran: 15hb Mei 2023
Yang dihubungi: Sdri. Susan Liew +601110231579 (melalui WhatsApp sahaja), email: onlineministry7808@gmail.com

Yuran Pendaftaran Individu: RM40 seorang; Yuran Pendaftaran Secara Kumpulan: RM25 seorang (hanya untuk kumpulan 5 orang ke atas)

Untuk maklumat selanjut, sila rujuk kepada borang pendaftaran: https://forms.gle/2hDuNRLZA21TSVar9

Share This