Kitab Rut – Teologi dan Refleksi

Kelas Dalam Talian oleh Seminari Teologi Sabah: Sijil Pelajaran Kekristianan Dalam Talian
(Jumlah 8 Kursus) 4 Kursus Alkitab, 2 Kursus Teologi, dan 2 Kursus lain-lain.

Kitab Rut adalah salah satu kursus teras.

Pengenalan Kursus:
Kitab Rut merupakan kitab yang pendek, mudah dibaca dan difahami. Tetapi Kitab ini penuh dengan gaya penulisan dan teknik sastera yang indah dan menarik. Selain itu, tema teologi dalam kitab ini juga memberi banyak refleksi kehidupan kepada kita.

Kursus ini mempunyai empat topik yang utama. Selain mengetahui tentang latar belakang kitab ini, kita juga akan meninjau tentang teknik penulisan seperti teknik ironi/sindiran dan sebagainya, termasuk juga menyentuh sedikit pengetahuan dalam bahasa Ibrani. Akhir sekali ialah pelajaran tentang tema teologi dalam kitab Rut yang membolehkan kita membuat refleksi kehidupan.

Tajuk Setiap Kelas:
1. Pengenalan Kitab Rut
2. Latar Belakang Kitab Rut
3. Teknik Sastera dalam Kitab Rut
4. Tema Teologi Kitab Rut

Pensyarah:
Pendeta Tham Ching Tzy

Tarikh:
9/2, 23/2, 2/3, 9/3/2021 (Setiap Selasa)
Masa: 8:00-9:30 p.m.

Kaedah Pengajaran: ZOOM

Yuran Pendaftaran Individu: RM40 seorang
Yuran Pendaftaran Secara Kumpulan: RM25 seorang (hanya untuk kumpulan 5 orang ke atas dalam satu gereja yang sama)
* Untuk pendaftaran secara berkumpulan, sila memilih seorang wakil dalam kumpulan anda sebagai ketua untuk membantu pendaftaran dan perhubungan.

Borang Pendaftaran:
https://forms.gle/cLtoJcmR2ihPShRNA

Yang dihubungi: Ps. Joefrerick Ating +60139619635
(melalui WhatsApp sahaja).

Tarikh Tutup Pendaftaran: 5hb Februari 2021 (Jam 12 tengah hari)

Share This