Anjuran bersama Seminari Teologi Sabah dan Persatuan Alumni Haggai Malaysia.

Objektif:
Seminar ini dari Institusi Haggai, bertujuan untuk memperlengkapi dan menggandakan pemimpin pribumi yang berpengaruh serta mimiliki kedudukan strategik bagi memajukan Injil dalam komuniti anda. Para fasilitator yang hebat serta berpengalaman dalam seminar ini berkomited untuk minginspirasi, memotivasi, dan menanam visi kepada anda untuk membawa perubahan kepada kehidupan orang ramai.

Modul :
Pengenalan dan Visi Haggai
Mandat Alkitabiah
Disiplin Seorang Pemimpin
Menginjil Generasi Penerus/Muda
Komunikasi Untuk Menginjil
Kepimpinan Penginjil
Penatalayanan Alkitabiah
Penetapan Sasaran Untuk Menginjil
Alumni Bertindak – Maju ke hadapan

Untuk keberkesanan seminar, ia terhad kepada 30 orang sahaja. Sekiranya seminar ini penuh, pendaftaran akan dimasukkan dalam senarai tunggu untuk seminar akan datang
Tarikh: Mei 28 – Julai 2, Hari Isnin & Rabu, 7.00-9.55 malam & Sabtu 9.20 pagi – 2.45 petang

Kaedah Pengajaran: ZOOM
Penggunaan ZOOM akan diajar oleh ahli pasukan teknikal semasa mendaftar.

Borang Pendaftaran: http://www.haggai.my/nls-bm/

Tarikh Tutup: 14hb Mei, 2022.

Yuran pendaftaran Individu – Ditaja RM150. Harga biasa RM300.
Yuran untuk mendapat Kredit DipCM/Advanced DipCM STS – RM240

Kaedah Pembayaran:
1. Melalui Akaun Bank
Nama : Persatuan Alumni Haggai Malaysia
Akaun : CIMB Bank 8007458460

Anda digalakkan menghantar gambar slip transaksi kepada +6011-28623538 (Hanya WhatsApp) dengan Nama atau Muat naik slip bank ke : https://www.haggai.my/payment-details

Share This