Seminar Latihan “Perjanjian Baru Interlinear Yunani-Indonesia Dan Konkordansi Perjanjian Baru (PBIK)”
Kaedah: Secara Fizikal
Sasaran: Para pendita/pastor , para pelajar teologi dan sesiapa sahaja yang bersedia untuk belajar cara menggunakan tafsiran Alkitab
Tarikh: 31 Julai 2023 (Hari Isnin)
Masa: Jam 9 Pagi – 12 Tengah Hari
Tempat: Mini Kapel Seminari Teologi Sabah
Penceramah: Pdt/Dr. Hasan Sutanto, D. Th.
Pdt/Dr. Hasan Sutanto telah menterjemah dan menyusun “Perjanjian Baru Interlinear Yunani-Indonesia dan Konkordansi Perjanjian Baru (PBIK)” untuk membantu orang Kristian membina iman, melayani dan menjalani kehidupan Kristian berdasarkan ajaran Alkitab melalui mentafsir dan memahami Alkitab. Kali ini beliau datang secara khusu untuk menerangkan cara menggunakan buku ini untuk mentafsir Perjanjian Baru dengan lebih baik.
Pdt/Dr. Hasan Sutanto pernah mengajar di Seminari Asia Tenggara di Malang, Indonesia, dan sebagai pensyarah di Seminari Teologi Trinity di Singapura. Selain berkhutbah di pelbagai gereja, dia terus belajar dan menulis, dan pergi ke pelbagai tempat untuk latihan tentang cara menggunakan “Perjanjian Baru Interlinear Yunani-Indonesia dan Konkordansi Perjanjian Baru.”
Kemasukan adalah percuma tetapi perlu isi borang pendaftaran:
Borang pendaftaran: https://forms.gle/x58ssyBUDTX8PF686
Tarikh Tutup: 28 Julai, 2023